NOVEMBER 2022

Makan Malam Amal DUBS Kuching


27 Nov - Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari bin Tun Abang Haji Openg dan isteri, Puan Sri Datuk Amar Hajjah Juma'ani bin Tun Tuanku Haji Bujang telah hadir menyeri Majlis Makan Malam Amal anjuran Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak ( DUBS) Cawangan Kuching bertempat di BCCK.

Dalam ucapan amanat, beliau mengucapkan syabas dan tahniah diatas penglibatan semasa Fenomena C19, dan juga kesedaran serta kefahaman DUBS terhadap dasar Post Covid Development Strategy 2030 ( PCDS2030) bagi memulih Ekonomi Sarawak.

Pada majlis tersebut, beliau memohon ahli DUBS  fokus kepada tiga sektor teras PCDS2030 iaitu "Food Security", Perkhidmatan dan Industri Pelancongan Penjagaan Kesihatan yang semua dasar serta insentif telah disediakan oleh kerajaan GPS. 

Tambah beliau lagi, semua sektor tersebut hendaklah berpaksi kepada perubahan pendekatan melalui "Internet of Thing" ( IOT ) khususnya dalam Food Security melalui Pertanian modern yang dikehendaki masyarakat Dunia. 

Dalam Sektor Perhidmatan kerajaan juga telah menyediakan peruntukan besar bagi membangun bakat kreativiti dan talent rakyat melalui TVS dan agensi berkaitan. 

Ianya juga melibatkan  Industri Pelancongan Healthcare  dengan Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Syarikat Penerbangan  Butik bagi membawa pelabur dan pelancong ke Sarawak berlandaskan konsep  Penerbangan bukan berorentasi keuntungan.

YAB Premier Sarawak juga mencadangkan agar ahli DUBS untuk mengambil pelajar universiti Unimas, Curtin, Swimburne dan ICat sebagai pekerja "Internship" untuk meningkatkan mutu Pengurusan syarikat mereka agar lebih sistematik dan berteknologi tinggi dan juga saranan untuk DUBS menjadi penyewa Jentera Pembinaan kepada ahli mereka yang sebelum ini banyak menghadapi masalah pemilikan dan penggunan Jentera dengan beliau meluluskan segera sebanyak RM100 ribu sebagai permulaan kepada Dewan Usahawan Bumiputera Cawangan Kuching.

Hadir sama adalah, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman bin Hamzah, Menteri Pelancongan, Seni dan Kreativiti Sarawak, Datuk Amar Hajjah Jamilah bt Anu, Setiausaha Kewangan Sarawak, Dato Sri Wan Lis Wan Osman, Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak, Datu Dr Muhammad Abdullah Haji Zaidel, Presiden DUBS Sarawak, Datu Haji Helmi Abg Ikhwan, Pengerusi DUBS Kuching, Cr Haji Drahman Jaladin dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku